SEJARAH PSSGM PULAU PINANG



Sejarah Pertubuhan Silat Seni Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang (PSSGM Pulau Pinang)


Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, Pada tahun 1959, Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar mencadangkan supaya ianya didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Ianya merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia.


Sekitar tahun 1973,Silat Seni Gayong telah bertapak di Pulau Pinang dipimpin oleh Allahyarham Cikgu Yaakop Bin Hj Said serta dibantu oleh CIkgu Shamsool Ambia Bin Yaakop dan Cikgu Addi Putera Bin Yaakop .Gayong berkembang dengan pesat dengan tertubuhnya Pusat Latihan Tertinggi PSSGM PULAU PINANG di Alma,Bukit Mertajam.Gelanggang gelanggang telah berkembang di Seberang Perai ,Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah Sekolah sekitarnya.


Pada tahun 1994 (Hingga Sekarang) ,Pusat Latihan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Pulau Pinang telah berpindah ke Kampung Baru Alma,Bukit Mertajam.


Pada tahun 2012,guru tertinggi PSSGM Pulau Pinang iaitu Cikgu Yaakop Bin Hj Said telah menghembuskan nafas yang terakhir.suatu kehilangan yang besar bagi PSSGM Pulau Pinang.Legasi PSSGM Pulau Pinang tidak patah semangat,Patah Tumboh Hilang Berganti.Cikgu Shamsool Ambia Bin Yaakop mengepalai PSSGM Pulau Pinang sebagai Yang Dipertua dan Cikgu Addi Putera Bin Yaakop sebagai Setiausaha Negeri.PSSGM Pulau Pinang terus bangkit dengan semangat juang yang tinggi.


Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Pulau Pinang adalah pertubuhan yang sah bergerak dan berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-010-04-09042013-000037



Keunikan Silat Seni Gayong


Jika diteliti,Silat Seni Gayong amat unik kerana mempunyai empat badan tertinggi pada peringkat negeri iaitu ,Pentadbiran Negeri,Lembaga Beradat Negeri,Majlis Gurulatih Negeri dan Badan Ibu Gayong Negeri.Perjalanan Silat Seni Gayong itu berdaulat dan bersendikan Adat.


Badan Pentadbiran Negeri


Badan Pentadbiran Negeri berfungsi menguruskan hal ehwal pentadbiran serta menguruskan pentadbiran dengan efektif melalui system pengurusan jawatankuasa negeri.


Lembaga Beradat Negeri


Lembaga Beradat Negeri pula memainkan peranan sebagai sebuah badan penasihat urusan berkaitan adat dan budaya dalam Silat Seni Gayong itu sendiri.segala percanggahan peraturan dibincangkan dan diputuskan oleh Lembaga Beradat Negeri untuk dipanjangkan kepada Badan Pentadbiran Negeri.


Majlis Gurulatih Negeri


Majlis Gurulatih Negeri berperanan mengawal dan memantau system pelajaran Silat Seni Gayong,mengadakan penambahbaikan pelajaran dan mengkaji keberkesanan pelajaran Silat Seni Gayong.


Badan Ibu Gayong Negeri


Badan Ibu Gayong Negeri merupakan badan khas bagi menjaga Hal Ehwal dan kebajikan Wanita di dalam Silat Seni Gayong,ia dinaungi seorang Ibu Gayong Negeri.