Thursday 10 December 2015

SIRI UJIAN MENTAL DAN FIZIKAL DI GUA KANDU,PERAK

PADA 05/12/2015,PSSGM BAHAGIAN NEGERI PULAU PINANG TELAH MENGANJURKAN SIRI JELAJAH,UJIAN MENTAL DAN FIZIKAL DI GUA KANDU PERAK.
CIKGU ADDI PUTERA TELAH MENGETUAI EKSPEDISI INI DIBANTU OLEH CIKGU KHAIRUL DAN ABG KHALED.
SERAMAI 30 ORANG PESERTA KUMPULAN 1 TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI.
TURUT DIBERI PENERANGAN OLEH RENJER BERTUGAS BERKENAAN LALUAN LALUAN TENTERA JEPUN DAN KOMUNIS SEMASA ZAMAN PERPERANGAN DAHULU.
















Sunday 22 November 2015

HEBAHAN : SIRI JELAJAH & UJIAN KETAHANAN MENTAL FIZIKAL DI GUA KANDU,PERAK 05/12/2015

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEGAYONG.

HEBAHAN : SIRI JELAJAH & UJIAN KETAHANAN MENTAL FIZIKAL DI GUA KANDU,PERAK 05/12/2015

OBJEKTIF : MENGUJI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL PESERTA
LOKASI AKTIVITI :GUA KANDU,GOPENG,PERAK
TEMPAT BERKUMPUL : GELANGGANG KOTA PERMAI ,ALMA,BUKIT MERTAJAM
TARIKH : 05/12/2015
HARI :SABTU
JAM BERTOLAK : 07.00 PAGI
JANGKAAN TIBA :09.00 PAGI
PAKAIAN :SUKAN BERSESUAIAN
BAYARAN MASUK GUA :RM30.00 (LEVEL 4)
DURASI JELAJAH : 4 JAM
*TERBUKA KEPADA AHLI PSSGM PULAU PINANG
**KONVOI KENDERAAN SENDIRI
***BERMINAT SILA HUBUNGI CIKGU ADDI PUTERA DENGAN SEGERA
****TALIAN WASAP 0124568568

Wednesday 18 November 2015

TEMPAHAN PANAH TRADISIONAL

PANAH TRADISIONAL - 0174333430


PANAH TRADISIONAL STRAIGHT LIMB LONG BOW + 5 ANAK PANAH
RM 250.00


RECURVED TAKE DOWN/TWO PIECE BOW + 5 ANAK PANAH
RM 350.00

BEG SET
RM125.00


ARM GUARD GLOVE
RM48.00

ARM GUARD
RM 36.00


BEG ANAK PANAH
RM 45.00

FULL SET TWO PIECE/TAKE DOWN BOW

RM500



TEMPAHAN KHAS UKIRAN CORAK DAN NAMA (RM700-RM2000)









UNTUK PEMBELIAN PRODUK SILA WHATSAPP 0174333430

Monday 16 November 2015

SILIBUS TAMBAHAN : AKTIVITI MEMANAH

PSSGM PP TURUT MENJAYAKAN AKTIVITI TAMBAHAN MEMANAH SUNNAH DI BAWAH PIMPINAN CIKGU PAKLONG DARUSSALAM DI GELANGGANG KOTA PERMAI.INSHAA ALLAH AKTIVITI INI AKAN DIKEMBANGKAN DAN DIPERKENALKAN KEPADA PARA PESILAT YANG LAIN.




HARI SUKAN NEGARA :PSSGM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PADA 10/10/2015 TELAH BERLANGSUNG HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.PSSGM PP TELAH MELAKSANAKAN PROGRAM BERTEMPAT DI IBU GELANGGANG PUSAT PSSGM BAHAGIAN NEGERI PULAU PINANG.PELBAGAI AKSI DAN PERSEMBAHAN SILAT DIADAKAN SEPANJANG HARI TERSEBUT






Thursday 12 November 2015

ZIARAH :GELANGGANG CIKGU AZHARI BANDAR BEHRANG 2020

GAMBAR ZIARAH GELANGGANG CIKGU AZHARI DI BANDAR BEHRANG 2020 PADA 7/11/2015.SESI ZIARAH DI KETUAI CIKGU ADDI PUTERA DAN DIIKUTI OLEH CIKGU DARUSSALAM,CIKGU FAIZAL DAN CIKGU KHAIRUL

MESYUARAT MAJLIS ADAT DAN MAJLIS GURULATIH PSSGM 2015

PADA 7 NOVEMBER 2015 TELAH BERLANGSUNG MESYUARAT MAJLIS ADAT DAN MAJLIS GURULATIH PSSGM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA KG PANDAN..SEMUA PENGERUSI DAN WAKIL NEGERI TELAH HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT.TURUT SERTA PERWAKILAN DARI PSSGM BAHAGIAN NEGERI PULAU PINANG IAITU CIKGU ADDI PUTERA BIN DATO YAAKOP,CIKGU DARUSSALAM,CIKGU KHAIRUL,CIKGU FAIZAL DAN 2 LAGI WAKIL PSSGM PULAU PINANG.






Sunday 1 November 2015

LAGU GAYONG



Lirik Lagu Rasmi GAYONG

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta

Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan dipurbakala
Ilham menyusul zahir semula

Niatnya bersih, baunya suci
Berseni kepada Putera dan Puteri
Agama yang Mulia dijunjung tinggi
Belalah bangsa adat dan negeri

*chorus

Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat Sejahtera hajat dituju

Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

SASTERA MAHAGURU




Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman

Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.



Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.

Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.



SAJAK GAYONG


Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.

Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.

Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.

Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.

Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.

Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.

Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.

Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.





PANTUN RAHSIA GAYONG
Anakku Anak Ibumu:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.

Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.

Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.

Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.

Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

PELAJARAN DAN BENGKONG


SANDANG



MAJLIS GURULATIH PSSGMPP

MAJLIS GURULATIH NEGERI PULAU PINANG

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Setiausaha

4. Bendahari

5. Jawatan Kuasa

LEMBAGA ADAT PSSGMPP

LEMBAGA ADAT PSSGMPP

Penaung Negeri

Imam Khalifah Negeri

Timbalan Imam Khalifah Negeri

Kipas Emas

Khalifah Besar

1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. Jawatan Kuasa

ORGANISASI PENTADBIRAN PSSGMPP

ORGANISASI PENTADBIRAN PSSGMPP


Jawatankuasa Negeri

Seorang Yang Di Pertua

Seorang Timbalan Yang Di Pertua

2 orang Naib Yang Di Pertua

Seorang Setiausaha Negeri

Seorang Penolong Setiausaha Negeri

Seorang Bendahari

6 hingga10 orang Ahli Jawatankuasa

5 orang Ahli Jawatankuasa Tambahan

2 orang Pemeriksa Kira-kira


Jawatankuasa Pusat, Negeri dan Daerah dibentuk setiap 2 tahun dalam Mesyuarat Perwakilan Agung di peringkat masing-masing. Kesemua pemegang jawatan dilantik oleh perwakilan melalui undian majoriti melainkan jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

Setiausaha dilantik sendiri oleh Yang DiPertua/Pengerusi manakala Penolong Setiausaha dilantik oleh Setiausaha dengan persetujuan Yang Dipertua/Pengerusi.

Bendahari dilantik oleh Yang DiPertua/Pengerusi dengan persetujuan ahli jawatankuasa.

Ahli jawatankuasa tambahan boleh dilantik oleh Yang Di Pertua mengikut budi bicaranya, sebagai tambahan daripada jawatankuasa yang sedia ada.

SEJARAH PSSGM


SEJARAH PSSGM

Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia adalah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah satu daripada lima adik-beradik anak raja Bugis yang mendarat di Tanah Melayu bagi mencari tempat untuk memulakan penghidupan baru. Tempat pendaratan mereka pada ketika itu disebut sebagai Pengkalan Aur yang mana kini lebih dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Baginda terus menetap di situ sementara yang lainnya meneruskan pengembaraan mereka. Daeng Kuning mangkat di Taiping dalam tahun 1875.

Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, waris keturunan Daeng Kuning telah dilahirkan di Taiping pada 17hb Ogos 1915. Beliau mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada datuknya, Syed Zainal Abidin Al-Attas. Syed Zainal atau Tuk Jenai pada ketika itu adalah seorang penghulu di Pekan merupakan seorang pendekar Pahang yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama Allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman (orang Kaya Semantan) dan rakan-rakannya. Beliau telah berundur dan berkeluarga di Taiping hinggalah dikurniakan beberapa orang anak, diantaranya Syarifah Alauyah iaitu ibu kepada Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman.

Setelah ilmu persilatannya dikhatamkan, Dato’ Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19 tahun, beliau telah dipanggil menunjukkan kebolehannya di hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar di Istana Bukit Chandan dan diberi gelaran Panglima Sendo Perak (The Invincible Warrior of Perak) dan tinggal di istana buat beberapa ketika sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.

Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dalam bidang persilatan turut menyerlahkan dirinya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 1938. Beliau merupakan anak Melayu pertama ditugaskan sebagai jurulatih seni mempertahankan diri kepada Signal Corps dibawah pemerintahan Lt. Kol Pope di Gullman Barrack, Singapura. Kerana tidak mahu dirinya dijajah, beliau berundur ke Pulau Sudong, 12 km dari Singapura dalam tahun 1941 apabila tentera Jepun menyerang Singapura. Disinilah kali pertama Silat Seni Gayong mula diperkenalkan kepada sekumpulan tujuh orang belia, iaitu pada 17hb Februari 1942 jam 11.00 pagi. Di pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, beliau telah membuktikan kepintaran dan keberaniannya memperdaya, menewaskan tentera Jepun serta melindungi penduduk di pulau tersebut.

Atas kegigihan beliau, maka merebaklah pengaruhnya hingga Silat Seni Gayong berkembang ke pulau-pulau Indonesia, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Diatas jasanya yang cemerlang ketika bertugas di cawangan jenayah serta sumbangannya kepada Kerajaan British ketika menentang pendudukan Jepun di Singapura dan Malaya, beliau telah dikurniakan pingat King George V oleh baginda Ratu Elizabeth yang mana pada ketika itu Dato’ Meor Abdul Rahman telah pun menjadi anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah, Singapura.

Dato’ Meor Abdul Rahman terus gigih mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh Tanah Melayu dan Singapura bermula dari tahun 1948. Setelah bersara dari pasukan polis, beliau telah menubuhkan Seni Gayong School di Woodland, Singapura pada 3 Disember 1960.

Pada tahun 1959, Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar, pengasas UMNO dan penentang Malayan Union telah masuk menjadi ahli Silat Seni Gayong. Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, beliau mencadangkan supaya ianya didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Ianya merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia.

Silat Seni Gayong terus berkembang pesat di Semenanjung Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Meor Abdul Rahman. Usaha dan pengorbanannya mengembangkan seni silat ini telah dirakam oleh Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris dengan pengurniaan pingat Darjah Paduka Cula Si Manja Kini (DPCM) yang membawa kepada gelaran Dato’. Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim mangkat di Taiping pada 23hb Jun 1991 ketika berusia 76 tahun.